到校之后,学生必须马上进入校园,不准在校园外逗留。上课时间依据校钟为准。
Setiba di sekolah, murid mestilah masuk ke dalam kawasan sekolah, dilarang berkeliaran di luar kawasan sekolah. Waktu persekolahan mengikut jam sekolah.
上课时,如欲离开课室须得到课堂教师的允许,不准擅自离开课室。
Murid mesti mendapat kebenaran daripada guru jika hendak meninggalkan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid dilarang meninggalkan kelas secara sendiri tanpa keizinan.
不准随意移动课室里的桌椅。未经教师的允许,不可擅自更换座位;也不可随意在课室内走动。
Dilarang memindahkan kerusi meja dalam kelas sesuka hati. Tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa keizinan daripada guru. Murid-murid tidak dibenarkan bergerak dalam kelas sesuka hati.
不可在课室外溜达或喧闹,私自寻找正在上课的同学。
Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah atau membuat bising mahupun mencari murid lain yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
若因生病或要事,须提早离开学校,必须向校方请准后,才可联络家长。家长须到校在“学生早退记录簿”签名后,方可携带孩子离校。
Jika sakit, berlaku kecemasan atau terpaksa balik awal, murid mesti mendapat kebenaran daripada pihak sekolah sebelum menghubungi ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga hendaklah menandatangani “Buku Rekod Murid Balik Awal” sebelum membawa anak balik.
休息时间除了班长/副班长,其他学生必须离开课室。
Semua murid mestilah meninggalkan bilik darjah pada waktu rehat kecuali ketua kelas / penolong ketua kelas.
休息时间结束后,学生须在前厅等候教师。在教师带领下,方可进入课室。
Selepas waktu rehat, murid mestilah menunggu di lobi sehingga diketuai oleh guru, baru dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah.
非上课时间,学生不可无故逗留在任何课室。
Murid tidak dibenarkan berada di dalam mana-mana kelas tanpa sebab selain waktu persekolahan.